Thursday 1 March 2012

Buat baik berpada-pada...
buat jahat jangan sekali

Wednesday 13 July 2011

Sambutan Hari Guru 2011 SK Jalan Pegawai.



Setiap tahun , hari yang paling mengembirakan para guru adalah Hari Guru. Di samping memperoleh hadiah daripada murid, SK Jalan Pegawai telah mengadakan pelbagai aktiviti untuk meraikan para guru.Antaranya ialah Pertandingan Bola Sepak antara murid dan guru... Agaknya siapa menang? Sudah pasti cikgu..hahahaha


PELANCARAN PROGRAM NILAM 2011 SK JALAN PEGAWAI

Program setiap tahun diadakan bertujuan untuk menarik minat murid untuk membaca. Dalam program ini, pelbagai hadiah disediakan . Hadiah utama adalah sebuah basikal yang akan diberikan kepada Tokoh Nilam.



Monday 20 June 2011

Aplikasi Komputer Dalam Pengajaran Bahasa

Penggunaan komputer dalam pengajaran bahasa adalah suatu kaedah yang amat bersesuaian dengan pendidikan kini. Penggunaan komputer dalam pengajaran bahasa mampu mempengaruhi pengajaran guru dan pengguasaan bahasa di kalangan pelajar. Untuk makluman lanjut ,anda boleh klik di sini

Cara- Cara Membina Blog...

Assalamualaikum.. Mai la pakat kita buat blog..Kalau tak tau sila ikut langkah-langkah yang Cikgu Zam bagi di bawah.. Insyaallah mungkin jadi ..








Peranan Komputer Dalam Pendidikan Matematik

Pada masa kini, proses pendidikan telah berubah. Jika pada masa dahulu kebanyakkan guru hanya menggunakan kapur dan papan hitam sebagai alat penyampaian maklumat namun kini penggunaan kapur dan papan hitam dianggap sudah ketinggalan zaman. Kini, perkembangan teknologi ICT semakin cepat. Tambahan pula ,Dasar Kementrian Pelajaran Malaysia menggalakkan penggunaan ICT dalam p&p dengan memberi kemudahan seperti komputer riba, LCD dan sebagainya adalah suatu tindakan bijak bagi meningkatkan mutu pendidikan di Malaysia. Di sini saya , sertakan sebuah artikel yang menjelaskan betapa pentingnya komputer dalam pendidikan Matematik. KLIK DI SINI  Peranan Komputer dalam Pendidikan Matematik

Tuesday 14 June 2011

Guru Insan Mulia

Guru oh Guru

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Usman Awang
1979